Pengenalan

Posted by sabri | 6:17 AM | | 0 comments »

Nama
1. Persatuan Mencegah Dadah Malaysia atau nama pendeknya PEMADAM

Tempat Pejabat
Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan,
No. 8, Jalan Ledang,
50480 Kuala Lumpur

Tujuan
Tujuan Persatuan itu ialah:-
(a) Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.

(b) Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN.

(c) Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

(d) Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

Penaung
Penaung bagi Persatuan Kebangsaan ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Penaung bagi Persatuan Daerah dalam sesuatu Negeri dan bagi jawatankuasa Penyelaras Negeri ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan.

(1) Penasihat PEMADAM Kebangsaan hendaklah diwujudkan terdiri daripada bekas-bekas Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan yang masih berupaya dan perlantikan ini boleh diperbaharui atau dibuat perlantikan semula setiap 2 tahun sekali tidak melebihi daripada 5 orang.

Kuasa-kuasa persatuan
Persatuan itu hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat segala perkara yang perlu untuk mencapai tujuan-tujuannya, dan khususnya, tanpa menyentuh keluasan makna yang tersebut terlebih dahulu:-

(a) Untuk memajukan dan mengawal penyatuan dan memberi bantuan kepada mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu.

(b) Untuk mengambil, memegang dan melupuskan harta alih dan tak alih, termasuklah stok dan sekuriti, dan dengan jalan lain menguruskannya adalah satu cara sebagaimana dikehendaki oleh hal keadaan, termasuklah mengadai janji atau mencagar mana-mana harta bagi maksud tujuan-tujuan Persatuan itu.

(c) Untuk mengambil alih tugas-tugas, aset dan tanggungan mana-mana orang atau badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu atau had-had dan syarat-syarat yang boleh dipersetujui.

(d) Untuk menguruskan derma kekal dan membuat pembayaran darinya.

(e) Untuk memungut derma dan meminjam wang dan merayu dan menerima pemberian dari semua jenis dan melaburkan wang derma, wang dan pemberian itu.

(f) Untuk menerbitkan dokumen-dokumen, mengadakan persidangan dan seminar tempatan dan menghantar wakil-wakil menghadiri persidangan dan seminar yang diadakan di luar negeri yang berhubung dengan penyalahgunaan dadah.

(g) Untuk memberi bantuan dalam apa-apa bentuk kepada mana-mana persatuan atau badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu atau kepada mana-mana penagih dadah.

(h) Untuk membuat pemberian, dan untuk atau menderma kepada mana-mana khairat.

(i) Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMADAM Kebangsaan.

(50% daripada Pengamanah-pengamanah ini adalah terdiri daripada mereka yang bukannya
Pengasas PEMADAM atau menganggotai sebarang Jawatankuasa Persatuan ini.)

(j) Untuk menubuh sebuah Yayasan PEMADAM bagi tujuan mendapatkan sumber kewangan yang berterusan melalui bidang-bidang yang akan diputuskan oleh Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan.

(k) Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan hendaklah melantik (4) orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PEMADAM yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan Tiga orang ahli.